top of page

Mengapa Biologi Harus Dipelajari ?? Apa Kepentingannya ??

Semua hidupan di bumi adalah penting diantara satu sama lain.

Manusia sepatutnya bijak menguruskan bumi kerana sifatnya boleh merancang serta boleh melaksanakan sesuatu tindakan, agar semua hidupan di muka bumi ini boleh hidup dengan aman dan kekal berguna antara satu sama lain.

Sayangnya, kebanyakan manusia lebih cenderung kepada mengganggu keseimbangan ekologi semula jadi (natural ecological balance). Ini disebabkan oleh sifat terlalu tamak serta kurangnya pengetahuan tentang ilmu biologi. Disinilah pentingnya kita mempelajari ilmu biologi.

Adalah juga penting untuk mengetahui tentang diri kita dari segi struktur dan fungsi, dan membandingkan diri kita dengan organisma lain agar kita dapat menjaga diri sendiri serta makhluk lain dengan baik.

Penyelidikan tentang pelbagai bidang biologi seperti kajian penyakit-penyakit dan rawatannya (diseases and their treatment), pengeluaran makanan (food production), kejuruteraan genetik (genetic engineering) dan pengurusan alam sekitar (environmental management) adalah amat penting dalam memastikan kelangsungan hidup yang baik serta aman di atas planet ini.

Bidang kajian dalam biologi

Semua hidupan / benda-benda hidup (living things) mempunyai beberapa ciri am (common characteristic)  yang menjadikan ianya lebih mudah bagi kita untuk mempelajari biologi.

Diantara ciri-ciri am yang terdapat pada semua hidupan / benda-benda hidup adalah:
Terdiri daripada sel-sel.

Patuh mengikut aturan ketetapan.

Mendapat serta menggunakan bahan-bahan kimia dan tenaga bersumber dari alam sekitar.

Mempunyai bahan genetik (genetic materials) yang unik.

Membiak (reproduce).

Berkembang dan membesar.

Bertindak-balas kepada rangsangan (stimuli).

Mengeluarkan (excrete) hasil / sisa buangan.

Menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Ciri-ciri am hidupan

Penyelidikan dalam sains biologi (biological sciences) adalah amat penting dan ianya berkembang dengan begitu pantas.

Tujuan utama pembelajaran biologi adalah untuk memahami dengan lebih lanjut lagi tentang proses kehidupan, agar setiap manusia serta organisma lain boleh hidup dengan aman dan harmoni (can live efficiently in peace and harmony).

Secara amnya, biologi dibahagikan kepada pelbagai bidang. Antaranya;
Anatomi (anatomy)
Biologi molekul (molecular biology)
Botani (botany)
Ekologi (ecology)
Fisiologi (physiology)
Genetik (genetic)
Mikrobiologi (microbiology)
Taksonomi (taxonomy)
Sitology (cytology)
Zoologi (zoology)

Walau bagaimanapun, 'trend' semasa dalam penyelidikan biologi tidak lagi memberi tumpuan kepada bidang yang berbeza, tetapi bergantung kepada kajian pelbagai disiplin. Sebagai contoh, kajian mengenai kencing manis (diabetes) boleh dilakukan pada aspek histologi (histology), farmakologi (phamacology), fisiologi dan genetik.

Sempadan kajian antara pelbagai bidang biologi ada kalanya bertindih (overlap).

bottom of page